
Hello !
Skg ni masih lagi bulan Rejab ( bulan Allah ), mesti semua tahu bulan Rejab ni banyak kelebihan nya. Bulan ni lah semua umat Islam tidak melepaskan peluang utk berpuasa.
Alhamdulillah, saya juga diberi kesempatan berpuasa dlm bulan ini. Bersyukur sgt dapat berpuasa, yelah alhamdulillah sihat tubuh badan lagi lagi skg musim exam, kesihatan kena jaga :)
Okay, apa kelebihan bulan Rejab ni ?
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj [Rabu, 30 Julai 2008] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [4, 5, 6 Julai 2008], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Wahh, sungguh banyak kelebihan bulan Rejab, siapa yang taknak dpt kelebihan tersebut kan?
Jadi, selagi kita sihat walafiat ni marilah kita berpuasa di bulan Allah ni. Bila lagi nak rebut peluang kan.
InsyaAllah, Allah akan memberikan kita keberkatan dan ganjaran pahala nanti.
Amin.
p/s : Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal,Raya!


No comments:
Post a Comment